April 11, 2010

STEVIA & GULA SIHAT


KEMPEN KURANGKAN GULA

 
STEVIA-NEW SWEETENER
STEVIA

Apa dia Stevia ?
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh liar di Paraguay dan Brazil. Kandungan Glycosides di dalam daunnya termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

Kaum Gurani telah menggunakan Stevia sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu.


Berapa banyak jumlah Stevia diguna seluruh dunia ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun. Jepun telah mengguna Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan kadar 60% penggunaan gula. Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan Negara-negara Pacific Rim telah beralih penggunaan dari pemanis tebu dan beet kepada Stevia.

Apakah sikap FDA terhadap penggunaan Stevia ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia dan ianya boleh diguna sebagai bahan ubatan. Tetapi pada 17/12/2008, FDA telah mengiktiraf dan menerima Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan boleh diguna sebagai makanan tambahan.

Di mana Stevia ditanam ?
Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta Negara Pacific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia.
Adakah Stevia diguna didalam pembuatan makanan ?

Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan.Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun di dalam pembuatan makan dan gula-gula seperti Wrigley’s gum tanpa gula; Beatrice Food mengguna Stevia untuk Yogurts dan diet Coke yang dikeluarkan oleh Coca-Cola. Juga diguna di dalam membuat jeruk asam, makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain.


Adakah Stevia selamat diguna ?
Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli dan telah di guna oleh kaum Gurani di Paraguay lebih 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksik. Dengan tidak mempunyai calorie dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 manis daripada gula. Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95% steviosides) didapati 200-300 kali lebih manis dari gula biasa.
Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

Bolehkah Stevia menggantikan pemanis tiruan ?
Tentu sekali. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan diguna melebihi 20% penggunaan pemanis untuk pembuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.


Berapakah kandungan calorie dalam Stevia ?
Tiada langsung. Ekstrak Stevia adalah bebas calorie.

Adakah Stevia menambah kandungan gula dalam darah ?
Oleh sebab ianya tanpa calorie, ia tidak akan menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah pesakit Diabetes mengguna Stevia ?
Tentu sekali. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah Stevia diguna bersama pemanis lain ?

Tentu sekali. Tetapi ianya hendaklah diguna dalam keadaan sederhana. Pemanis tiruan disarankan tidak diguna sama sekali.

Adakah Stevia merosakkan gigi ?
Tidak sekali. Bahkan Stevia menghalang pertumbuhan plaque dan menghalang kerosakan gigi.

Bolehkah Stevia di guna dlm masakan dan membuat kek/roti ?
Tentu sekali. Stevia didapati heat stable dan diguna meluasnya di Jepun.

 Adakah Stevia mengandungi vitamins dan minerals ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap (volatile oil), termasuk Rutin dan B-Sitosterol. Tetapi setelah dijadikan ekstrak maka kandungan nutrients adalah sedikit menurun.

Bagaimanakah ekstrak dihasilkan ?
Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Syarikat gergasi Stevico di Jepun menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Nano Steam.

Bolehkah saya hasilkan sendiri Stevia ?
Boleh. Cecair ekstrak Stevia boleh dihasilkan daripada daun Stevia atau Stevia powder. Campurkan daun yang disukat kadarnya atau Stevia powder dengan USP grain alcohol (Brand or Scoth) juga boleh diguna. Biar campuran selama 24 jam. Tapiskan cecair yang telah dibiar selama 24 jam itu dan campurkan sedikit air untuk mengurangkan rasa pahit. Alcohol boleh diasingkan dengan panas (tidak mendidih) sehingga alcohol kering meninggalkan residue ekstrak.

KEHEBATAN STEVIA DI TV1

HASIL EKSTRAK STEVIA SUDAH ADA DI PASARAN.
HUBUNGI : MOHD.OSMAN( 012-309 2952)

Berapakah faktor perbandingan Stevia powder dengan gula biasa ?
Stevia adalah 10 hingga 15 kali manis daripada gula. Tetapi ekstrak Steviosides adalah 200 hingga 300 kali manis daripada gula dan perlu diguna dengan berhati-hati (berhemat).

Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanyalah sekitar USD 0.40, iaitu 15 kilo gula biasa sama manisnya dengan 1 kilo Stevia ekstrak.

Adakah Stevia akan menukar warna makanan ?
Powder Stevia berwarna hijau mungkin akan mempengaruhi warna makanan. Untuk mengelakkan perkara ini, cecair Stevia yang tidak berwarna patut digunakan.

Apakah pembungkusan Stevia untuk di pasar ?
Ekstrak Stevia di pasar secara cecair, capsule, tablet atau secara powder. Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

Bolehkah rasa pahit Stevia dihapuskan ?
Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

Stevia adalah pokok anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.
Stevia berasal dari Paraguay dan ekstraknya mempunyai kemanisan 200-300 kali gula biasa. Daun tanpa proses adalah 15 hingga 30 kali manis daripada gula biasa.
Sejak 1500 tahun dahulu kaum Indian Gurani telah mengguna Stevia sebagai pemanis dan juga sebagai ubatan tradisional.

Stevia tidak mempunyai calorie dan karbohidrat.

Dimana Stevia Ditanam
Stevia di tanam secara komersial di negeri China, Jepun, Paraguay, Uruguay, Brazil, Negara-negara Amerika Latin, India, Canada dan beberapa negara timur jauh.

PEMANIS HERBA PENGGANTI GULA DIJUMPAI - MAJALAH 3 DI TV3

KEGUNAAN
- Bahan Pemanis kepada makanan.

Masakan harian
Kek, kueh mueh
Biskut, yogurt
Ais-krim, gula-gula dll.

-Minuman
Dicampur dengan teh, minuman mascotek, misai kucing dsb.
Coca-Cola, PepsiCola, Cargill telah mengeluar minuman tanpa calorie.

-Perubatan Tradisional 
Mengubati Diabetes, Merawat Tekanan Darah Tinggi, Mengurangkan tahap asid urik, obesiti, dan agen mengawal berat badan, agen anti-plaque, membunuh bakteria dan virus.

Negara Jepun kini mengguna lebih daripada 60% pemanis untuk pembuatan makanan dan minuman adalah Stevia.

Kelulusan FDA
FDA telah mengiktiraf Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan telah memberi kelulusan Stevia sebagai makanan tambahan pada 17/12/2008.
Mula tarikh itu berlumba-lumbalah pembuat minuman dan makanan mengguna Stevia sebagai pemanis.

Masa Depan Stevia
Dengan kelulusan FDA itu, prospek tanaman pemanis Stevia adalah sangat cerah.
Bahkan ianya boleh mengganti gula biasa.
Dijangkakan dalam masa terdekat ini 20% hingga 30% pemanis global adalah Stevia.

Pembuat pemanis tiruan mengguna aspartame dan sucralose telah kehilangan permintaan kerana ianya memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan. 

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?·
Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.
Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.
Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.

 Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.
Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula

Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.·

Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.·


Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.·


Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.·

Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.· Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.