February 23, 2010

KHASIAT KACANG




ARKIB : 09/12/2011

Kacang kaya khasiat

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan.
Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi.
Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh anda beli di pasaran. Ia bukan saja dapat memberi rasa enak dalam makanan malah mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan.
Kacang adalah biji dan buah yang tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah dan boleh dikeluarkan daripada buah. Contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya.
Mana-mana isi rong yang berminyak dan besar ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kacang.
Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan yang menjadi sumber tenaga.
Sejumlah besar kacang boleh dimakan dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, dipanggang sebagai makanan ringan atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek.
Disebabkan baru-baru ini saya ada menikmati ayam yang digoreng bersama kacang badam, saya terfikir untuk berkongsi tentang maklumat kacang ini bersama pembaca semua.
Jadi apa kata kita minggu ini kenali beberapa jenis kacang dan kelebihannya.
Kacang badam atau nama saintifiknya prunus dulcis berasal dari Asia Barat dan Asia Selatan merupakan bijian daripada buah drup.
Ia mengandungi (lapisan luar iaitu buah, tempurung atau cengkerang yang melindungi bijinya (kacang badam). Cengkerang yang melindungi biji badam harus dipecahkan untuk mendapatkan kacang badam.
Badam boleh dimakan mentah atau dipanggang. Ia juga satu komponen bahan untuk aneka hidangan. Badam boleh didapati dalam banyak bentuk, seperti sebiji penuh, dihiris, dan sebagai mentega badam, susu badam dan minyak badam.
Badam manis mengandungi lebih kurang 26 peratus karbohidrat (12 peratus serat pemakanan, 6.3 peratus gula, 0.7 peratus kanji dan karbohidrat).
Badam kaya sumber vitamin E iaitu mengandungi 26 miligram (mg) setiap 100 gram (g). Ia juga kaya dalam serat pemakanan, vitamin-vitamin B, mineral-mineral penting dan lemak tidak tepu) yang mana berpotensi untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) .
Badam juga mengandungi phytosterols yang dikaitkan mampu merendahkan kolestrol.
Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu dua jenis karotinoid yang membantu melambatkan penuaan.
Kacang walnut dari genus Juglans ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae dan merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan. Isinya yang keras dibuang ketika penuaian.
Perkataan walnut berasal dari bahasa Inggeris lama wealhhnutu, bermaksud 'kacang asing', wealh bermaksud 'asing'.
Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica. Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melindungi jantung dan memelihara kesihatan otak.
Pada tahun 2010, satu laporan dalam the Journal of the American College of Nutrition mengatakan kacang walnut boleh melegakan stres (tekanan).
Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah.
Begitu banyak kelebihan yang ada pada makanan dari sumber kacang ini, oleh itu cubalah resipi tat yang berasaskan kacang badam. Selamat mencuba!
"Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah".

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz4zlVxxSf2 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Bacaan Tambahan - 


Kompas.com - Beberapa tahun terakhir ini antioksidan sedang naik daun. Manfaatnya yang mampu menetralisir radikal bebas dan mencegah kerusakan yang ditimbulkan radikal bebas membuat suplemen yang mengandung antioksidan selalu laris.
Namun Anda tak memerlukan suplemen jika tahu bahan makanan yang kaya antioksidan. Salah satunya adalah kacang walnut. Dalam satu gram walnut terdapat 70 unit polifenol, jenis antioksidan, yang jauh lebih tinggi dibanding kacang lain. Polifenol juga diketahui 15 kali lebih ampuh dibanding antioksidan yang ditemukan dalam vitamin E.
Bahkan Joe Vinson, profesor kimia dalam presentasinya di American Chemical Society mengatakan 28 gram kacang walnut mengandung antioksidan lebih banyak dari jumlah rata-rata yang bisa orang asup dari sayuran dan buah.
"Bukan berarti kita tidak perlu makan sayur, tapi dengan menambahkan sedikit walnut dalam pola asupan harian kita sudah bisa menambah antioksidan 8 persen," katanya.
Sayangnya banyak orang menghindari kacang-kacangan karena kandungan kalori dan lemaknya, tetapi para ahli menegaskan bahwa lemak tidak jenuh yang terdapat di kacang tidak membahayakan kesehatan. Jenis lemaknya berbeda dengan lemak dari daging atau produk susu.

Kacang walnut juga mengandung karbohidrat lebih rendah sehingga cocok untuk pengganti camilan.




SUSU KAMBING


SUSU KAMBING

Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
  • Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A
  • Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah
  • Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer
  • Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil
  • Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

KANDUNGAN PURATA SUSU KAMBING(GM/LIT)

KANDUNGAN
GM/LITER
Bahan kering
15 - 135
Lemak
35- 40
Laktos
47 - 52
Protin - Casein
Albumin
Globulin
27 - 30
Abu
5 - 6



PERBANDINGAN KOMPOSISI SUSU KAMBING DENGAN LAIN-LAIN
Perbandngan kandungan bahan susu mengikut peratus

BAHAN
KAMBING
LEMBU
MANUSIA
Air
87.5
87.5
86.8
Lemak
3.9
3.7
3.8
Protin
3.2
3.1
1.3
Laktos
4.5
4.6
7.8
Abu
0.8
0.7
0.2


PERBANDINGAN KANDUNGAN VITAMIN(Perbandinagan Mengikut gm/liter)

VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
t.m
t.m
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Asid Nikotik
1.87
1.71
1.94
Choline
150
t.m
121
Inositol
210
t.m
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043
Nota : t.m=tiada maklumat
(sumber maklumat:Jabatan haiwan)

ANALISIS :SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
-Tidak menyebabkan alahan
-Membantu sistem imunisasi tubuh
-Bersifat alkali
-Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
-Membantu sistem penghadaman
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) =
penyebab utama alahan.
-Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
> Protein 2.1 kali ganda
> Kalsium 2.2 kali ganda
> Zat Besi 2.0 kali ganda
> Potasium 2.1 kali ganda
> Vitamin A 3.8 kali ganda
> Garam Galian 2.0 kali ganda
> Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
-Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding
dalam susu lembu
-Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu
lembu
-Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding
susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
-Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik

KELEBIHAN HIGOAT

• Sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu
• Kaya dengan protein, enzim, mineral & vitamin yang penting untuk kesihatan
• Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, demam kuning, asma, sukar tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain, masalah buah pinggang, lemah tenaga batin, awet muda dll.
• Menguatkan sistem imunisasi paru-paru, juga bersifat anti-arthritis(inflamasi sendi)
•Menyeimbangkan kandungan gula dan darah
•Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri
( Pertama di pasaran Didatangkan dalam bentuk serbuk, tiada bau, tiada bahan awet dan enak rasanya.)
Harga pasaran:Rm36.00 (sm), Rm 41.00 (SS). Penghantaran(RM5.00(sm)



HUBUNGI:MOHD.OSMAN (012-309 2952)

Berminat Untuk Jadi Pengedar Dan Jutawan HR Layari :http://www.jutawanhr2u.com/osman
satu lagi produk bermutu edaran:
AZYJUARA ENTERPRISE, TAMAN KEM, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR.
Email:azyjuara@yahoo.com
atau osman 5157@yahoo.com