February 25, 2015

BUAH PRUNE


"TAHUKAH ANDA PADA PERINGKAT AWAL BUAH PRUNE DIKENALI SEBAGAI BUAH PLUM DAN APABILA TELAH DIKERINGKAN IA DIKENALI SEBAGAI "BUAH PRUNE"

Prune Segar


PRUNE

Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.



Buah plum berbentuk bulat dan kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah atau taman. Walaupun kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk bujur.


KHASIAT PRUNE
TAHUKAH anda buah prun yang berasal daripada buah plum kering itu mempunyai sumber serat dan pemakanan yang baik dan berkhasiat istimewa sebagai antioksida, antipenuaan, antikanser.

Prun – ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.


KHASIAT BUAH  PLUM (PRUN)

Buah plum memiliki banyak khasiat dan baik untuk dimakan semua golongan. Buahnya yang kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.

Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.

Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.

Kajian mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.

Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya dengan vitamin C, juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.

Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B-6, dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.

Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Universiti Boston Tufts yang mendapati bahawa pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi jumlah antioksida yang tinggi mungkin boleh melambatkan proses penuaan tubuh dan otak.
Kajian Jean Mayer dari Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia berkaitan penuaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ini berdasarkan analisis tiub ujian Osyxen Absorbanse Capacity (Orac).
Orac ini digunakan sebagai pengukur keseluruhan kuasa antioksida dalam bahan makanan dan bahan kimia yang lain.
Bukti awal menunjukkan bahawa aktiviti oksida berasal daripada haiwan untuk melindungi sel dan komponen masing-masing daripada kerosakan oksidasi.
Kajian ini mendapati bahawa tikus berusia pertengahan umur yang diberi makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nilai Orac yang tinggi tidak mengalami hilang ingatan atau keupayaan pembelajaran untuk jangka masa panjang.

Menurut Ronald L. Prior seorang ahli pemakanan yang menjalankan penyelidikan dengan kerjasama Gauhua (Howard) Cao, pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi antioksida setiap hari perlu berjumlah 3,000 hingga 5,000 unit Orac bagi membolehkan ia membawa kesan ke atas kesihatan.


Prune Kering

Plums, dried (prunes), uncooked
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy1,006 kJ (240 kcal)
63.88 g
Sugars38.13 g
Dietary fiber7.1 g
0.38 g
2.18 g
Vitamins
Vitamin A equiv.
(5%)
39 μg
(4%)
394 μg
148 μg
Thiamine (B1)
(4%)
0.051 mg
Riboflavin (B2)
(16%)
0.186 mg
Niacin (B3)
(13%)
1.882 mg
(8%)
0.422 mg
Vitamin B6
(16%)
0.205 mg
Folate (B9)
(1%)
4 μg
Choline
(2%)
10.1 mg
Vitamin C
(1%)
0.6 mg
Vitamin E
(3%)
0.43 mg
Vitamin K
(57%)
59.5 μg
Trace metals
Calcium
(4%)
43 mg
Iron
(7%)
0.93 mg
Magnesium
(12%)
41 mg
Manganese
(14%)
0.299 mg
Phosphorus
(10%)
69 mg
Potassium
(16%)
732 mg
Sodium
(0%)
2 mg
Zinc
(5%)
0.44 mg
Other constituents
Fluoride4 µg


"Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi nilai Orac meliputi pelbagai jenis. Anda boleh memilih mana-mana yang disukai dan memakan sebanyak 1,300 Orac yang sudah pasti tidak menampung pengambilan harian yang diperlukan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0822&sec=Rencana&pg=ot_05.htm#ixzz3SgGAvL3A
© Utusan Melayu (M) Bhd

CONTOH PRODUK
CONTOH PRODUK

No comments:

Post a Comment