April 17, 2011

TRANFER FACTOR- petua, tips dan penjagaan kesihatan untuk seisi keluarga.

Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Di laman web ini kami sediakan info kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa. Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.

Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.

Terima Kasih.



Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

Transfer Factor Malaysia - Produk 4Life Research


4Life Transfer Factor adalah produk unik yang berasaskan transfer factor. Ia adalah hasil dari kajian selama lebih 50 tahun dan dibangunkan sebagai produk sokongan imun. Teknologi pengeluaran transfer factor dari sumber kolosterum (susu) lembu telah dipatenkan di Amerika Syarikat. Produk Transfer Factor kini boleh didapati di Malaysia.

Sehingga kini belum ada produk kesihatan lain yang mampu membantu sistem imun (pertahanan badan) mengenali musuh (mikroorganisma), mengenal pasti gerak balas, mengingati tag pengenalan musuh dan mengawal tindak balas sel imun berkenaan (agar tidak mengancam sel tubuh yang sihat) seperti yang dapat dilakukan oleh produk 4Life Transfer Factor.






"Punca penyakit adalah sistem imun yang lemah. Apa saja yang boleh meningkatkan keberkesanan sistem imun akan membantu MENCEGAH dan MERAWAT penyakit."
- William Hennen, Ph.D., Pakar Biokimia.

4Life Transfer Factor bukannya vitamin, herba, hormon, mineral atau ubat. Ia adalah makanan tambahan yang dapat membantu sistem imun berfungsi secara berkesan dan optimum. Produk-produk tersebut disenaraikan di bawah dan boleh diperolehi dari pengedar berdaftar 4Life Research Sdn. Bhd., Malaysia. Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut.





Transfer Factor: Molekul Terpenting Dalam Pembinaan Imuniti Tubuh

Transfer factor adalah molekul mikroskopik dan semula jadi yang wujud di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Transfer factor wujud walaupun di dalam sistem imun (pertahanan badan) yang paling primitif. Ia adalah pengantaraan atau agen yang menghantar maklumat imuniti mengenai ancaman kesihatan - sama ada dalaman atau luaran - dan gerak balas imun yang sesuai, dari satu sel imun ke satu sel imun yang lain.

Adalah penting bagi anda mengetahui fungsi dan cara sistem imun bertindak untuk melindungi kesihatan anda agar anda sedar kepentingan menjaga kesihatan sistem imun. Kehidupan di abad ke 21 banyak memberi ancaman kepada kesihatan sistem imun, namun kemajuan sains dan teknologi dapat membantu kita dalam soal ini. Kini terdapat beberapa produk yang dapat membantu anda memulihkan kesihatan sistem imun anda.

Syarikat 4Life Research Incorporated menerajui bidang teknologi imun dan berjaya membangunkan beberapa produk sokongan imun yang berasaskan transfer factor. Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut.


PRODUK YANG TAK MUNGKIN DAPAT DITANDINGI DI DUNIA!!!





4LIFE TRANFER FACTOR ADVANCE FORMULA (60CT/BTL)  RM 169.00






4LIFE  TF PLUS ADVANCE    (90CT/BTL)                  RM 232.00
Sokongan Sistem Imun Paling Ampuh

4Life Transfer Factor Plus Advance Formula menggabungkan Transfer Factor E-FX (dipaten dan terpelihara) dengan adunan terpelihara Cordyvant untuk memberi sokongan imun yang paling ampuh untuk tubuh anda. Adunan terpelihara Cordyvant mengemukakan bahan sokongan imun yang sudah terkenal seperti cendawan maitake, cendawan shiitake, cordyceps, inositol hexaphosphate, beta glucans, beta sitosterol dan pati daun zaitun. 



 UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:
 MOHD.OSMAN DI TALIAN: 012-309 2952/ 010-785 5157 @
 EMAIL: osman5157@yahoo.com / azyjuara@yahoo.com


Sebuah Produk Edaran:
Azyjuara Enterprise, Pel.Klang, Selangor.

April 10, 2011

Buangkan Toksin berlebihan




Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan atau detoksifikasi secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
-majalah Rapi- 

 Kebanyakan program detoks melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat. 

PHYTO FIBER adalah minuman diet dan dapat membantu menyingkirkan toksin, melangsingkan badan, mengempiskan perut, mengatasi masalah sembelit, menanggalkan najis terlonggok dan menggebukan kulit serta awet muda.

Apa itu PHHP Phyto Fiber?
PhytoFiber adalah produk yang diformulasikan dari bahan makanan yang tinggi kandungan seratnya. Ia diperbuat dari fruktosa, serbuk oat, serbuk lemon, serbuk psyllium husk, hawthorn berry dan serbuk roselle.
Phyto Fiber terdapat di dalam dua perisa: Original dan Lemon. Berat setiap paket/sachet Phyto Fiber weights adalah lebih kurang 20 gram.

Cara pengambilan:
Cara pengambilan adalah mencampurkan satu paket PhytoFiber dengan 200-250ml air pada suhu bilik (shake). Sebaik-baiknya menggunakan bekas air bertutup atau shaker yang disediakan pihak syarikat. PhytoFiber boleh diminum terus atau dicampur dengan jus buah-buahan.
Phyto Fiber adalah sangat baik sekiranya anda mempunyai masalah sukar buang air besar atau sembelit. Anda akan dapat lihat kesannya lebih kurang 8 jam selepas mengambilnya!

Berapakah Harganya?
Setiap kotak PhytoFiber mengandungi 15 paket. Harganya adalah RM100 setiap kotak.Pek PercubaanSekiranya anda tidak pasti adakah PhytoFiber sesuai untuk anda, anda boleh dapatkan pek percubaan berharga hanya RM20. Pek ini mengandungi 3 paket fiber beserta 1 shaker.

Cadangan SATU  Untuk Dapatkan Harga Murah
Adalah disarankan anda mengambil 1 paket Phyto Fiber setiap hari. Untuk itu anda perlu beli 3 kotak untuk stok sebulan. Harganya adalah RM85 X 3 = RM250. Tetapi kami ingin menawarkan sesuatu yang istimewa untuk anda:  Dengan membeli 3 kotak sekaligus juga melayakkan anda menjadi ahli PHHP dan dapat membeli produk PhytoFiber dengan harga hanya RM225 untuk pembelian anda yang seterusnya.

Apa yang perlu anda buat dengan kotak selebihnya? Anda boleh memperkenalkan Phyto Fiber ini kepada rakan-rakan atau saudara-mara dengan harga RM22.00 untuk 3 sachet. Dengan cara ini anda boleh menikmati khasiat PhytoFiber dengar harga yang murah.

Cadangan DUA Peluang Perniagaan
Syarikat PHHP menyediakan peluang perniagaan kepada ahli yang berminat. Sebaik sahaja anda melakukan jualan 3 sachet, anda boleh follow-up pelanggan tadi dan menyarankannya menjadi ahli dengan membeli 3 kotak. Gunakan teknik duplikasi (anda ajar pelanggan anda cara mendapatkan pelanggan baru) dan syarikat akan memberi ganjaran kepada anda dalam bentuk bonus.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.
"Jom cuba PHYTO FIBER  bagus untuk kesihatan".

 
SET PERCUBAAN A ( RM 25.00 )
"UNTUK KAW.KELANA JAYA DAN PEL.KLANG-PENGHANTARAN ADALAH" 

PERCUMA

1 KOTAK X 15 SACHET HANYA RM 115.00
(termasuk Pos)

Untuk Sihat Jangan Malu...

Hubungi : Mohd.Osman 012-309 2952/ 010-785 5157/ 010-509 5157
Email      : osman5157@yaho.com/ azyjuara@yahoo.com


Phyto Fiber is a mixture of dietary fiber from fruits and plants which is blended scientifically and to be consumed as a juice drink. It is an effective colon cleanser and a good choice for weight control.

About The Product
It is a unique health drink developed to give the best result to help maintain good hygiene of gastro intestinal tract using natural resources.
High fiber content foods are an effective colon cleanser and also a safe way to help reduce body weight. A rich amount of fiber is capable of effectively breaking down and eliminating excessive fats in the body, increasing metabolic rates, and getting rid of flabbiness.

Ingredients
Fruit and Vegetable Sources: Bean, Barley, Roselle, Hawthorn Berry, Psyllium Husk, Oats, Brown Rice, wheat husk, seed and whole grain which is the source for mucilage, pectin, cellulose, lignin and some hemicelluloses. Net Weight for 1 sachet is 20gm

Recommended Consumption
First, fill shaker bottle with 200-250ml of cold or icy water. Next,
mix one sachet of Phyto Fiber into the shaker. The product may also be consumed with any mixed fruit juice. Shake the container well for about 30seconds to 1 minute and it will be ready by then. Advisable time to consume is during daytime.

Functions
Improves normal function of the intestine, piles and appendicitis. Improves peristaltic movement of the intestine, increases the speed of stool elimination, so as the toxin elimination. Besides that, it can also help to lower the absorption of sugar and to control blood sugar.
Helps to control body weight because it will bulk up when mixed with water and provides a sense of fullness, without increasing the calories content in food. Its gummy substance can lubricate the intestine to help the stool elimination and at the same time it can help to eliminate the coprostasis and waste in the intestine. Medical report had also pointed out that it could help to lower the blood cholesterol and sugar absorption.

PHHP PHYTO FIBER (20 gram x 15 sachets)- Excludes postage
West Malaysia (WM): RM94
East Malaysia (EM): RM100


Trial Pack : 3 sachets + 1 shaker
West Malaysia (WM): RM22
East Malaysia (EM): RM24

ARTIKEL
MAKA ITULAH...

Bahan buangan dan toksin akan bertimbun dalam tubuh apabila sistem nyahtoksin gagal berfungsi dengan baik, kembung perut dan sukar membuang air besar adalah antara tanda-tanda amaran toksin berlebihan. Segala bahan-bahan buangan ini perlu dikeluarkan dengan sentiasa membersihkan tubuh anda.

"Saya dah cuba diet namun walaupun berat badan saya menurun, kebuncitan perut saya TETAP kekal"
Tambah memeranjatkan, saya selalu selalu bertanya-tanya kenapa wanita langsing dengan bentuk badan menarik juga menghadapi masalah serupa!
Pernah cuba mengempiskan perut? Jika anda faham akan apa yang terkumpul sehingga menyebabkan kebuncitan itu, maka barulah anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghapuskannya.
Setiap bahagian tubuh mempunyai ceritanya sendiri, begitu juga dengan perut yang buncit. Mungkin ada yang berkata : "terlalu banyak bahan buangan tersumbat di dalam." Perut buncit menandakan ada yang tidak kena dengan kedua-dua usus besar dan kecil di dalam perut. Diperuhi toksin yang membebankan bahagian tubuh yang berkaitan dengan sistem penghadaman semula jadi.


 "Organ dan sistem sokongan itu diibaratkan seperti sungai yang mengalir ke laut. Ia mengalir lancar selagi tiada sampah sarap memenuhi kawan tebing lantas menyempitkan laluan."

Begitu juga toksin dari persekitaran luar dan juga dalaman tubuh yang terhimpun mengikut masa lalu mengakibatkan sistem pengedetoksifikasi tersekat lantas melambatkan fungsinya.
Bagaimana keadaan ini berlaku? Ia terkandung di dalam udara yang kita hirup, produk yang digunakan di dalam makanan dan minuman. Toksin ada dimana-mana dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, maka itu cuba jauhkan diri daripadanya.
Kajian menunjukkan bahan bahan toksik datangnya daripada sumber keperluan harian seperti perisa makan, makanan yang diproses, sisa dadah, racun serangga, logam berat, karbon monoksida berlebihan dan ubat-ubatan. 


Berikut bagaimana perut anda boleh membuncit?
Tahukah anda bahawa makanan mengambil 8 hingga 10 jam untuk sampai ke usus besar? Walaupun dengan sekali pembuangan air besar, anda masih mempunyai buangan dari 3 hidangan yang sedang diproses di dalam usus besar pada satu-satu masa dan tubuh kita mampu membawa sehingga 5 kg bahan buangan!

Usus adalah sistem pembuangan sisa dan jika tidak berfungsi atau tersumbat, kesemua bahan buangan akan kekal dalam tubuh sebagai bahan toksin.



Proses fermentasi menghasilkan banyak gas usus yang menjadi punca utama rasa tidak selesa dan kebuncitan. Perut buncit adalah permulaan kepada beberapa masalah lain yang berpunca daripada sistem detoksifikasi yang lemah antaranya menyebabkan kita :
Berat badan naik mendadak
Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
Insomnia (masalah tidur), Mata gelap
Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
Masalah sendi
Masalah kulit – jerawat, eczema
Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
 
Itulah sebabnya detoksifikasi tubuh secara tetap boleh mengurangkan bebanan toksik dalam tubuh namun penggunaan julap secara berlebihan boleh menyebabkan tubuh kekurangan air. Penggunaan bahan itu secara berterusan boleh mengakibatkan susu mengecut dan dinding usus menjadi keras dan apabila pengambilan julap diberhentikan, perut menjadi tidak seimbang dan sakit!

Memperkenalkan produk PHYTO FIBER untuk proses nyahtoksin,  pembersihan kolon dan kempis kebuncitan perut anda...



PHYTO FIBER telah diformulakan khas sebagai bahan untuk pembersihan dan nyahtoksin. Ia mengandungi serat (fiber) yang tinggi seperti Roselle, Oat, Hawthorn Berry, Psyllium Husk dan lain-lain, yang membantu memenuhi keperluan serat tumbuhan seharian anda.
Ianya membantu meringankan coprostasis yang terperangkap di dalam tubuh dan menghancurkan lemak yang berlebihan, ini memberi hasil yang tidak dijangka dan keselesaan yang menakjubkan terutama dalam mengatasi masalah sembelit.
Ia dijadikan dari kandungan tumbuhan Phyto dan buah-buahan. Rasanya yang lazat direka khusus untuk kegemaran ramai



Mengapa kita perlu mengambil PHYTO FIBER?
Adakah anda tahu setiap individu manusia menyimpan 5 hingga 25 pound bahan terbuang didalam usus selama beberapa tahun hayat mereka? Adakah anda tahu ada pakar kesihatan menyatakan bahawa 90% penyakit terbentuk di dalam kolon?
Dengan keadaan individu kurang mengambil bahan makanan yang sihat, dan tidak melakukan senaman secara kerap, sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik dan kurang cekap menyebabkan bahan-bahan terbuang di dalam perut sukar untuk disingkirkan dari dalam tubuh manusia.
PHYTO FIBER diformulakan khas untuk membuang segala bahan buangan yang terdapat di dalam kolon usus, dan menjadikan tubuh lebih kuat dan sihat. Dengan bantuan PHYTO FIBER, sisa-sisa bahan buangan dalam perut akan lebih senang disingkirkan setiap hari.



Siapa yang disarankan untuk mengambil PHYTO FIBER?
Produk ini disarankan untuk diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua terutama bagi mereka yang kurang membuang air besar dan juga kepada mereka yang kurang mengambil bahan makanan yang mengandungi sumber fiber.
Kegunaan lain PHYTO FIBER

mengatasi masalah sembelit
menanggalkan najis terlonggok
memperbaiki sistem penghadaman
merendahkan kolestrol buruk darah
menstabilkan glukos darah
mengawal perasaan ingin makan
mengurangkan berat badan
meramping dan melangsingkan badan
memperbaiki corak tidur
memperbaiki keadaan kulit
menyingkirkan toksin terkumpul dalam badan
memperbaiki daya pemikiran dan tumpuan
memperbaiki sistem imunisasi
mencegah kanser
mencegah masalah kesihatan kronik
melegakan kesakitan badan
memperkukuhkan organ dan awet muda
mengekalkan kesegaran dan sentiasa bertenaga

Baca testimonial pengguna disini!

October 3, 2010

GARAM SIHAT DAN GULA SIHAT











GAYA HIDUP SIHAT

Kemanisan kuih muih, makanan yang meyelerakan serta minuman bergas memang menyelerakan dan menjadi pilihan kerana keenakannya.Tetapi disebalik kemanian dan kesedapannya , ia boleh menjejaskan kesihatan dan mengundag pelbagai jenis penyakit jika kita tidak mengawal pengambilannya. 


1) Mengurangkan gula
Perlu diingat, pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk bagi gula semula jadi atau gula tersembunyi. Namun gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Bukan itu sahaja gula juga akan menggantikan makanan berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dalam badan.Gigi juga boleh rosak.


2) Mengurangkan garam
Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan membahayakan kesihatan. Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan. Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan. Gunakan garam berasaskan semulajadi dan mineral spt Garam Bukit/ Himalaya Salt.



3) Mengurangkan minyak
Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang sedangkan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit. Untuk rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.Anda boleh menukarkan dengan menggunakan minyak zaitun ataupun memperbanyakan makanan secara rebusan.

4) Melebihkan buah-buahan
Makanan ini sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Apa kata, gunakan buah-buahan untuk dijadikan pengganti pemanis mulut. Buah-buahan pelbagai rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Lebih menarik, ia kaya vitamin C yang amat diperlukan badan.

5) Melebihkan sayur-sayuran
Selain hidangan daging dan ayam, sayur-sayuran yang kaya serat dan zat mineral ini juga boleh dijadikan juadah. Ini kerana kandungannya itu amat penting bagi tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah. Sehubungan itu, hidangan sayur-sayuran amat penting semasa menikmati juadah lebaran kerana dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam. Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah utama.


Tip kurangkan gula 
Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana. 
Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain. 
Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resipi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya. 
Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
Kurangkan gula dalam makanan.
Gunakan pengganti gula berasaskan tumbuhan seperti "stevia". KLIK stevia-gula sihat
Jangan sesekali menggunakan gula kimia spt "Pal Sweet" karana ia akan merosakkan buah pinggang anda.  


Perubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) turut mengesyorakn spaya orang ramai mengekalkan berat badan yang unggul dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Merteka perlu menekankan betapa pentingnya mengubah gaya hidup agar dapat menghalang penyakit-penyakit spt kencing manis, serangan jantung, darah tinggi dan sebagainya bertambah melarat dan jika dibiarkan akan mengakibatkan kompilasi yang boleh membawa maut.



RAHSIA DIET

Tahukah anda apa diet terbaik di dunia? Sekiranya anda mengikut diet ini, insyaallah anda tidak akan sakit perut, keracunan makanan dan yang paling penting dapat memiliki atau mengekalkan berat badan ideal serta dapat meningkatkan taraf kesihatan. Diet ini merupakan diet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Memetik kata-kata Ustaz Abdullah Mahmood, “Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanan hariannya”.
  • Jangan makan susu bersama daging.
  • Jangan makan daging bersama ikan.
  • Jangan makan ikan bersama susu.
  • Jangan makan ayam bersama susu.
  • Jangan makan ikan bersama telur.
  • Jangan makan ikan bersama daun salad.
  • Jangan makan susu bersama cuka.
  • Jangan makan buah bersama susu (contoh : koktel).
  • Jangan makan buah selepas makan sebaliknya makan buah terlebih dahulu sebelum makan.
  • Tidur 1 jam selepas makan tengahari (bangun sebelum Zohor).
  • Jangan sesekali meninggalkan makan malam. Sesiapa yang tidak makan malam, dia akan dimamah usia dan kolesterol di dalam badan akan berganda.
  • Jangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
  • Minum segelas air kosong (masak/mineral) setiap pagi sejurus selepas bangun dari tidur.
** Nabi pernah menegah kita memakan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh kajian saintis yang menjumpai di mana dalam ayam mengandungi ion positif manakala dalam ikan mengandungi ion negatif, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka akan terhasil tidakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan, insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”.

UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN GARAM BUKIT 
DAN 
GULA TANPA TANPA KALORI STEVIA .

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
MOHD.OSMAN (O12- 309 2952) ATAU email:azyjuara@yahoo.com

GARAM BUKIT
Garam adalah sumber penambah perisa makanan yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia sebagai penyedap makanan. Garam Garam Bukit Tulin (ini mengandungi 48 elemen nutrien yang sangat diperlukan oleh manusia setiap hari. Ia jua bersih dan terhindar dari sebarang jenis pencemaran. Garam Bukit tulin di pergunungan Pakistan dan telah berusia 250 juta tahun. Ia diproses dan ditenagakan dengan kaedah doa, solat hajat, selawat Syifa dan bacaan ayat-ayat suci (syifa).

Kekurangan kandungan garam dalam diri manusia akan menyebabkan lemah, kehilangan kandungan air dengan kadar cepat dan kehilangan daya pemikiran.

Garam Bukit tulin mempunyai struktur semulajadi dan mempunyai tenaga resonance yang penuh dan berbeza dari garam biasa. Ia bersifat alkali dan sangat baik untuk detoksifikasi badan.
 
KAEDAH PENGGUNAAN
- Ambil secubit garam bukit tulin garam masak garam bukit tulin dan letakkan ke atas lidah sebelum dan selepas makan.
Campurkan garam bukit tulin ke dalam segelas air sejuk dan minum. Untuk kesan yang lebih baik, jadikan ia minuman biasa untuk seisi keluarga. (JANGAN GUNA AIR SUAM ATAU PANAS UNTUK MINUM)


- Taburkan ke atas makanan dan buah-buahan.

Bagi anda yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout, penyakit jantung,sakit otot, mengatasi masalah kaki berbau,sakit tumit,sakit sendi,dan sebagaiya, sila buat rendaman kaki selama 30 minit selama 7 malam berturut-turut.

JANGAN GUNAKAN SUDU LOGAM KERANA IA MENGHILANGKAN TENAGA GARAM TERSEBUT. GUNAKAN SUDU PLASTIK ATAU GUNAKAN TANGAN.

Kenali Garam Bukit

 GARAM KRISTAL GUNUNG HIMALAYA adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia.
Garam Gunung Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan sodiumnya adalah sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik. Garam memudharatkan apabila proses “pembersihan” turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya.
Garam bukit menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Fakta
- Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol
- Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.
- Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.
- Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.
- Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.
- Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).
- Bersifat pengalir yang efisien
- Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
- Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.
- Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

Pengetahuan – Garam Bukit untuk kesihatan.

Apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.

KEBAIKAN GARAM BUKIT:
- menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh

- melancarkan darah
- menyuburkan kesihatan ternakan
- membunuh kuman dalam udara
Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

KETAHUI RAHSIA MAKANAN TERNAKAN YANG BERKUALITI TINGGI
Tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan-lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyebabkan kewujudan garam bukit ini, tak kira samada di kawasan berdekatan laut/paras laut atau kawasan tanah tinggi. oleh sebab garam termampat ini mengumpulkan pelbagai unsur purbakala didalamnya, maka garam bukit menjadi garam yang tinggi kandungan mineral, sempurna dan memiliki semua zat galian yang baik untuk kehidupan.
nama saintifik garam bukit adalah halite, dan kandungannya adalah seperti garam biasa, yakni natrium klorida (NaCl). beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur surihan/mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh dan ternakan. ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum(CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Garam bukit terbentuk daripada pengewapan laut purba yang menjadi gunung-ganang seperti laut mediterranean dan lautan atlantik.
HIRA’
Garam bukit ini, yang juga dipanggil hira’ tuhan berikan kepada negara kita juga, ianya wujud di kawasan yang sangat tua kewujudannya iaitu di daerah lenggong, perak. Lenggong, perak disahkan oleh para saintis tempatan sebagai daerah yang terpisah dengan kawasan gunung krakatoa di sumatera yang merupakan antara kawasan terawal wujud dalam peradaban manusia. dikawasan ini juga dijumpai manusia purbakala ‘perakman’, pelbagai tumbuhan eksotik seperti rafflesia dan pokok aji serta tanah pamah yang subur.

Kelebihan Garam

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Kebaikan Garam Bukit

• Mempunyai 84 jeis Mineral yang tidak terdapat dalam garam biasa.
• Mengimbangkan tekanan darah.
• Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
• Menguatkan struktur tulang (kalsium).
• Kardiovaskular.
• Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
• Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
• Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
• Menganjalkan saluran darah
• Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
• Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
• Melaraskan kelancaran sistem saraf
• Membantu pembaharuan semula sel-sel
• Membantu pergerakan otot-otot usus
• Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
• Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
• Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
• Membantu menguatkan tenaga batin

DLL… INSYAALLAH.. jika digunakan secara berterusan dan anda dinasihatkan untuk tidak mencampurkan garam bukit dengan garam biasa


Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih.
Harga Pengguna: 400G
Semenanjung Malaysia: RM 2.50
Sabah & Sarawak: RM 3.00
(Sila tambah RM10.00 utk Penghantaran)


April 11, 2010

STEVIA & GULA SIHAT


KEMPEN KURANGKAN GULA

 
STEVIA-NEW SWEETENER
STEVIA

Apa dia Stevia ?
Stevia adalah dari famili Chrysanthemum dan tumbuh liar di Paraguay dan Brazil. Kandungan Glycosides di dalam daunnya termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

Kaum Gurani telah menggunakan Stevia sebagai pemanis hampir 1500 tahun dahulu.


Berapa banyak jumlah Stevia diguna seluruh dunia ?
Dianggarkan permintaan Stevia pada masa kini ialah melebihi 2000 ton setahun. Jepun telah mengguna Stevia sebagai pemanis untuk minuman dan makanan kadar 60% penggunaan gula. Penggunaannya telah bertambah dengan Australia, New Zealand, Canada, China, Korea dan Negara-negara Pacific Rim telah beralih penggunaan dari pemanis tebu dan beet kepada Stevia.

Apakah sikap FDA terhadap penggunaan Stevia ?

FDA tidak mengiktiraf penggunaan Stevia dan ianya boleh diguna sebagai bahan ubatan. Tetapi pada 17/12/2008, FDA telah mengiktiraf dan menerima Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan boleh diguna sebagai makanan tambahan.

Di mana Stevia ditanam ?
Sebahagian besar Stevia ditanam di Paraguay, Brazil, China dan Jepun serta Negara Pacific lain seperti India, Thailand dan terkini di Malaysia.
Adakah Stevia diguna didalam pembuatan makanan ?

Pertama, ianya diguna sebagai pengganti kepada gula dan gula tiruan.Kedua, ianya diguna dengan meluas di Jepun di dalam pembuatan makan dan gula-gula seperti Wrigley’s gum tanpa gula; Beatrice Food mengguna Stevia untuk Yogurts dan diet Coke yang dikeluarkan oleh Coca-Cola. Juga diguna di dalam membuat jeruk asam, makanan laut kering dan beberapa jenis makanan lain.


Adakah Stevia selamat diguna ?
Keseluruhannya Stevia adalah herbal asli dan telah di guna oleh kaum Gurani di Paraguay lebih 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik telah mendapati Stevia adalah non-toksik. Dengan tidak mempunyai calorie dan karbohidrat ianya sangat sesuai untuk diguna oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula tinggi dalam darah.

Daun Stevia mempunyai kemanisan 15 hingga 20 manis daripada gula. Ekstrak Stevia yang dipanggil Steviosides (85-95% steviosides) didapati 200-300 kali lebih manis dari gula biasa.
Walaubagaimanapun, Stevia ada sedikit rasa pahit.

Bolehkah Stevia menggantikan pemanis tiruan ?
Tentu sekali. Dijangka di dalam masa yang singkat ini Stevia akan diguna melebihi 20% penggunaan pemanis untuk pembuat minuman dan makanan. Lagi pun ianya 40% lebih murah berbanding dengan penggunaan gula biasa.


Berapakah kandungan calorie dalam Stevia ?
Tiada langsung. Ekstrak Stevia adalah bebas calorie.

Adakah Stevia menambah kandungan gula dalam darah ?
Oleh sebab ianya tanpa calorie, ia tidak akan menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah pesakit Diabetes mengguna Stevia ?
Tentu sekali. Ianya boleh diguna kerana ia tidak menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah Stevia diguna bersama pemanis lain ?

Tentu sekali. Tetapi ianya hendaklah diguna dalam keadaan sederhana. Pemanis tiruan disarankan tidak diguna sama sekali.

Adakah Stevia merosakkan gigi ?
Tidak sekali. Bahkan Stevia menghalang pertumbuhan plaque dan menghalang kerosakan gigi.

Bolehkah Stevia di guna dlm masakan dan membuat kek/roti ?
Tentu sekali. Stevia didapati heat stable dan diguna meluasnya di Jepun.

 Adakah Stevia mengandungi vitamins dan minerals ?
Stevia didapati mengandungi hampir seratus peratus phytonutrients dan minyak mudah meruap (volatile oil), termasuk Rutin dan B-Sitosterol. Tetapi setelah dijadikan ekstrak maka kandungan nutrients adalah sedikit menurun.

Bagaimanakah ekstrak dihasilkan ?
Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakan penghasilan ekstrak secara komersial mengguna kaedah water extraction, decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Syarikat gergasi Stevico di Jepun menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Nano Steam.

Bolehkah saya hasilkan sendiri Stevia ?
Boleh. Cecair ekstrak Stevia boleh dihasilkan daripada daun Stevia atau Stevia powder. Campurkan daun yang disukat kadarnya atau Stevia powder dengan USP grain alcohol (Brand or Scoth) juga boleh diguna. Biar campuran selama 24 jam. Tapiskan cecair yang telah dibiar selama 24 jam itu dan campurkan sedikit air untuk mengurangkan rasa pahit. Alcohol boleh diasingkan dengan panas (tidak mendidih) sehingga alcohol kering meninggalkan residue ekstrak.

KEHEBATAN STEVIA DI TV1

HASIL EKSTRAK STEVIA SUDAH ADA DI PASARAN.
HUBUNGI : MOHD.OSMAN( 012-309 2952)

Berapakah faktor perbandingan Stevia powder dengan gula biasa ?
Stevia adalah 10 hingga 15 kali manis daripada gula. Tetapi ekstrak Steviosides adalah 200 hingga 300 kali manis daripada gula dan perlu diguna dengan berhati-hati (berhemat).

Sebagai perbandingan, kalau mengguna gula biasa kosnya USD 12.00 berbanding dengan Stevia yang kosnya hanyalah sekitar USD 0.40, iaitu 15 kilo gula biasa sama manisnya dengan 1 kilo Stevia ekstrak.

Adakah Stevia akan menukar warna makanan ?
Powder Stevia berwarna hijau mungkin akan mempengaruhi warna makanan. Untuk mengelakkan perkara ini, cecair Stevia yang tidak berwarna patut digunakan.

Apakah pembungkusan Stevia untuk di pasar ?
Ekstrak Stevia di pasar secara cecair, capsule, tablet atau secara powder. Daun yang dihancurkan kepingan kecil boleh dibungkus menjadi teh uncang.

Bolehkah rasa pahit Stevia dihapuskan ?
Professor dari Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, telah menemui kaedah prosesan yang boleh menghilangkan rasa pahit. Ini bermakna tiada perbezaan rasa pemanis Stevia dengan gula biasa.

Stevia adalah pokok anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai.
Stevia berasal dari Paraguay dan ekstraknya mempunyai kemanisan 200-300 kali gula biasa. Daun tanpa proses adalah 15 hingga 30 kali manis daripada gula biasa.
Sejak 1500 tahun dahulu kaum Indian Gurani telah mengguna Stevia sebagai pemanis dan juga sebagai ubatan tradisional.

Stevia tidak mempunyai calorie dan karbohidrat.

Dimana Stevia Ditanam
Stevia di tanam secara komersial di negeri China, Jepun, Paraguay, Uruguay, Brazil, Negara-negara Amerika Latin, India, Canada dan beberapa negara timur jauh.

PEMANIS HERBA PENGGANTI GULA DIJUMPAI - MAJALAH 3 DI TV3

KEGUNAAN
- Bahan Pemanis kepada makanan.

Masakan harian
Kek, kueh mueh
Biskut, yogurt
Ais-krim, gula-gula dll.

-Minuman –
Dicampur dengan teh, minuman mascotek, misai kucing dsb.
Coca-Cola, PepsiCola, Cargill telah mengeluar minuman tanpa calorie.

-Perubatan Tradisional 
Mengubati Diabetes, Merawat Tekanan Darah Tinggi, Mengurangkan tahap asid urik, obesiti, dan agen mengawal berat badan, agen anti-plaque, membunuh bakteria dan virus.

Negara Jepun kini mengguna lebih daripada 60% pemanis untuk pembuatan makanan dan minuman adalah Stevia.

Kelulusan FDA
FDA telah mengiktiraf Stevia sebagai “ Generally Regarded As Safe “ (GRAS) dan telah memberi kelulusan Stevia sebagai makanan tambahan pada 17/12/2008.
Mula tarikh itu berlumba-lumbalah pembuat minuman dan makanan mengguna Stevia sebagai pemanis.

Masa Depan Stevia
Dengan kelulusan FDA itu, prospek tanaman pemanis Stevia adalah sangat cerah.
Bahkan ianya boleh mengganti gula biasa.
Dijangkakan dalam masa terdekat ini 20% hingga 30% pemanis global adalah Stevia.

Pembuat pemanis tiruan mengguna aspartame dan sucralose telah kehilangan permintaan kerana ianya memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan. 

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?·
Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.
Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.
Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.

 Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.
Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula

Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti gula.·

Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek. Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.·


Amalkan minum air masak setiap kali makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.·


Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian daripada makanan dan minuman. Minuman ringan adalah sumber gula tambahan paling utama dalam diet kanak-kanak Amerika Syarikat. Senario ini tidak banyak berbeza dengan keadaan kanak-kanak di negara kita yang dibesarkan dengan pelbagai minuman ringan. Justeru, tidak hairan jika masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia turut meningkat.·

Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.· Gantikan snek makanan ringan atau sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan.