November 25, 2011

HABBATUS SAWDA

HABBATUS SAUDA’
(BIJIRIN HITAM)
(BLACK SEED)
Habbatul barakah ~ The seed of blessing


Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sauda
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.


PENGENALAN

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.


Nigella Sativa yang lebih dikenali sebagai Jintan Hitam / Habbatus Sauda, telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu di Timur Tengah sebagai penawar bagi membekalkan nutrisi kepada sistem pertahanan tubuh. Secara semulajadinya, ia bertindak di atas prinsip membantu tubuh di dalam proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap fizikal, mental, emosi bahkan spiritual. Kombinasi nilai nutrisi dan perubatan jintan hitam / Habbatus Sauda bukan sahaja membantu melegakan kesakitan dengan segera, bahkan turut meningkatkan keupayaan tubuh bagi melawan sebarang serangan penyakit atau jangkitan.


Rahsia Jintan Hitam / Habbatus Sauda terkandung di dalam sifat-sifat penyembuh utamanya lebih menarik dibentangkan melalui hasil kajian dan penemuan terkini. Ia bukan sahaja memiliki nilai nutrisi bahkan juga menguatkan sistem imun, anti-alahan, anti-ketumbuhan, anti-bakteria, anti-keradangan selain daripada merangsang antibiotik semulajadi. Jintan Hitam / Habbatus Sauda boleh juga diambil sebagai penawar kepada batuk, asma, diabetes, cirit-birit, sakit telinga, kesakitan mata, senak perut, keguguran rambut, sakit kepala, demam, hipertensi, insomnia, kesakitan otot, rasa loya dan muntah, alahan kulit dan sakit gigi.


FAKTA ILMIAH:
Selama lebih daripada dua ribu tahun, biji jintan hitam telah dikenali dan digunakan sebagai rawatan di banyak negara di Timur Tengah dan Timur Jauh. Pada tahun 1959, -Dakhakhni dan rakan-rakannya berjaya mengeluarkan Nigellone dari jintan hitam. Jintan hitam mengandungi 40% minyak yang stabil dan 1,4% minyak asiri. Ia juga mengandungi sekitar lima belas asid amino, protein, kalsium, besi, natrium, dan kalium.
Di antara komposisi yang paling efektif adalah Thymoquinone, dithymoquinone, thymohydroquinone, dan thymol. Peranan jintan hitam dalam meningkatkan imuniti manusia tidak jelas sebelum 1986, ketika Dr Qadhi dan rakan-rakannya memulakan siri penyelidikan di Amerika Syarikat. Setelah itu, banyak kajian yang dilancarkan di berbagai negara.
Dr Qadhi membuktikan bahawa penggunaan jintan hitam menguatkan imuniti di mana nisbah T pembantu sel limpa meningkat purata 72% berbanding dengan sel penahan. Juga, ada perkembangan yang cukup besar dalam aktiviti sel pembunuh semulajadi dengan purata 74%.
Keputusan kebanyakan penyelidikan moden menyokong penemuan Dr.Qadhi. Di antaranya adalah hasil kajian yang diterbitkan oleh majalah International Immunity pada bulan Ogos 1995 tentang kesan jintan hitam ke atas sel-sel luaran limpa dan aktiviti sel-sel multi-nucleas darah putih.
Pada bulan September 2000, majalah International Immunity juga menerbitkan kajian tentang pengaruh minyak jintan hitam dalam mencegah cytomegalovirus pada tikus makmal. Minyak jintan hitam telah diuji sebagai bahan anti-virus dan imuniti yang diperolehi semasa tahap-tahap awal penyakit ini diukur melalui penentuan sel-sel pembunuh semlajadi dan hal-hal lain.
Pada bulan Oktober 1999, majalah Eropah mengenai Kanser menerbitkan satu artikel tentang pengaruh Thymoquinone pada kanser perut tikus. Demikian juga pada Mei 1998, sebuah majalah khusus dalam kajian pencegahan kanser menerbitkan satu artikel tentang ekstrak jintan hitam sebagai ubat untuk ketumbuhan kanser.
Pada April 2000, majalah Ethanol Medical menulis tentang kesan toksik dan kesan imuniti ekstrak etanol yang dihasilkan dari jintan hitam. Juga, pada bulan Februari 1995, majalah Medical Plants menerbitkan sebuah artikel tentang kekesanan minyak jintan hitam stabil dan Thymoquinone pada sel darah putih. Banyak kajian lain yang telah menyokong fakta-fakta ini.

SPEK KETULENAN SAINTIFIK
Nabi SAW memberitahu kita bahawa jintan hitam adalah ubat bagi setiap penyakit. Perkataan Arab ‘Syifa’ (ubat) datang tanpa ketentuan penyakitnya yang bermaksud bahawa ia adalah kata tidak terbatas yang merangkumi sebahagian besar penawar/ubat. Ini bermakna bahawa jintan hitam menyumbang kepada penyembuhan setiap penyakit. Secara saintifik telah terbukti bahawa sistem imuniti adalah satu-satunya sistem yang mempunyai kemampuan untuk melawan penyakit dan menghasilkan sel-sel yang membunuh virus.
Melalui kajian dan kerja makmal yang telah dilakukan pada keberkesanan jintan hitam, telah ditemui bahawa ia mengaktifkan imuniti manusia dan meningkatkan pengeluaran sel-sel pembunuh semulajadi, sel-sel penghalang, dan sel-sel pembantu.
Ini semua adalah sel-sel limpa yang sangat rumit dan penting. Menurut Dr.Qadhi, pengeluaran sel-sel tersebut meningkat sebanyak 75%. Penemuan tersebut telah disokong oleh kajian yang diterbitkan dalam majalah-majalah lain. Jintan hitam menyebabkan pertumbuhan sel-sel pembantu limpa, peningkatan interferon dan interleukin 1 dan 2, dan imuniti sel tersebut menjadi lebih kuat.
Semua ini menyebabkan peningkatan kemampuan sistem imuniti untuk melawan dan menghapuskan sel-sel kanser dan virus. Ia juga menyembuhkan saluran schistosomiasis. Berdasarkan fakta-fakta ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa jintan hitam adalah ubat bagi setiap penyakit kerana menguatkan sistem imuniti yang bertanggung jawab untuk rawatan penyakit dan melawan virus.
Fakta-fakta saintifik yang disebutkan dalam hadis Nabi (SAW) ini adalah jelas. Tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa mengetahui fakta-fakta ini pada empat belas abad yang lalu, kecuali Nabi SAW. Allah SWT berfirman:
Dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (QS An-Najm: 3-4)

Terjemahan artikel: BLACK SEED: A CURE FOR EVERY DISEASE
Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah

KOMPOSISI MINYAK
Habbatus sauda’ mengandungi kandungan asid lemak essential yang tinggi yang sangat mustahak untuk kesihatan optima tubuh. Asid ini  tidak boleh diproses guna  (disintesis) oleh tubuh badan dalam jumlah yang mencukupi. Oleh itu kehadirannya dalam habbatus sauda’ sangat bermanaafat jika diambil untuk membantu tubuh mendapatkan sumber kesihatan.
 
Persediaan perubatan mengandungi linoleic dan linolenic asids telah digunakan secara meluas untuk merawat menurunkan paras kolesterol darah, eczema, dan penyakit kulit, tekanan pra-haid, berbagai tumor, penyakit pembekuan darah (arterio-thrombotic diseases), rheumatoid arthritis dan sclerosis.
 
SIFAT-SIFAT PHARMAKOLOGI dan TOXIKOLOGI HABBATUS SAUDA’
  Tindak balas pharmacologi ekstrak biji habbatus sauda’ (seperti sebahagian komponen aktifnya seperti volatile oil dan thimoquinone) dilapurkan memberikan kesan perlindungan terhadap nephrotoxicity (kesan komplikasi toksik pada buah pinggang) dan hepatotoxicity (kesan komplikasi toksik pada liver) akibat samada dari penyakit atau sumber kimia. Biji dan minyaknya dilapurkan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti anti-inflammatory, analgesik, antipyretik, antimikrobial dan antineoplastik. Minyaknya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menambah baik pernafasan. Perawatan ke atas tikus dengan menggunakan ekstrak biji habbatus sauda’ selama masa 12 minggu telah menemukan hasil perubahan haemogram yang meliputi penambahan packed cell volume (PCV) dan haeglobin (Hb) dan penurunan dalam  kepekatan plasma kolesterol,triglycerides dan glucose. Bijinya disifatkan sebagai sangat rendah dalam kandungan toksiknya. Pemerhatian ke atas ekstrak dan minyaknya telah menunjukkan ia tiada kesan negative terhadap hati dan buah pinggang. Namun kesan berguna dalam penggunaan biji dan thymoquinone ialah ia mempunyai keupayaan sebagai antioksidan dan cytoprotectif, juga kesannya ke atas setengah punca inflammation.

 Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Mungkin ada yang tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada diri manusia.  Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser.  Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimkan sebelum sarapan pagi.  Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid dan menyembuhkan gigitan serangga.

CONTOH "BLACK CUMIN SEED" KERING
MINYAK HABBATUS SAUDA


Harga 30 kapsul x 350mg
RM20.00(S/M)
RM24.00(S/S)

HPA HABBATUS SAWDA SOFTGEL 60 KAPSUL

Kterangan Lanjut : Hubungi Mohd.Osman 012-309 2952


 Produk Bermutu Edaran:
AZYJUARA ENTERPRISE,TB25, TAMAN KEM, PELABUHAN KLANG, SELANGOR

No comments:

Post a Comment